Sunday, 17 April 2016

5 Menu Sihat Untuk Dapatkan Perut Rata

Tags


(*)Tahukah anda dengan diet yang sihat, anda boleh mendapatkan perut idaman bak supermodel Victoria’s Secret. Ada cara mudah, cepat namun sihat boleh anda amalkan di rumah. Cuba 5 resepi ini, Inshaallah anda boleh dapatkan perut bak Kendall Jenner.

Bermula dengan sarapan

(*)Anda perlukan 1 instant oatmeal, 1 cawan buah berry – ikut kesukaan anda, 1 batang pisang, 2 sudu makan kacang yang dikisar halus

Cara buat:

(*)Tuangkan instant oatmeal ke dalam mangkuk lalu campurkan dengan kacang. Aduk rata dan taburkan buah berry di atasnya.



Snek pagi

(*)Hanya mengunyah badam dan beberapa buah limau.



Makan tengahari

Untuk membuat caesar salad, anda perlukan-

(*)4-5 keping roti untuk croutons
(*)2 sudu butter
(*)2 sudu parsley yang telah dicincang halus (atau guna yang kering)
(*)1 sudu teh garlic powder
(*)2-3 keping anchovies di hancurkan (jeruk ikan yg dalam boto)
(*)1 ulas bawang putih disagat halus
(*)1/2 cawan serbuk parmesan cheese
(*)3/4 cawan minyak zaitun
(*)1 biji lemon diambil jus
(*)garam dan pepper secukup rasa
(*)Romaine lettuce dicarik-carikkan

Cara-cara

(*)1. Untuk buat croutons, campurkan butter, garlic powder, dan parsley. Kacau sebati. Sapu dekat roti dan bakar dalam oven sampai garing. Lebih kurang 5-6 minit. Sejukkan dan setelah sejuk, di potong bentuk dadu.

(*)2. Untuk salad dressing, dalam mangkuk, campurkan anchovies, bawang putih, minyak zaitun, lemon jus, dan parmesan cheese dan kacau sebati. Perisakan dengan garam dan pepper secukupnya.

(*)3. Toskan lettuce dengan salad dressing sejurus sebelum dihidangkan. Dan taburkan croutons diatasnya.



Minum petang

(*)Cuba taburkan serbuk kayu manis ke atas greek yogurt untuk tambah kesedapan dan mengenyangkan.



Makan malam

Anda perlukan 5 auns ikan salmon, 1 ikat sayur bayam, 1 sudu kecil minyak zaitun, 1 ulas bawang putih

(*)5 auns ikan salmon
(*)1 ikat sayur bayam
(*)1 sudu kecil minyak zaitun
(*)1 ulas bawang putih

Cara buat:

(*)Ikan salmon dibakar. Untuk bayam, rebus bayam dengan mencampurkan minyak zaitun dan bawang putih ke dalam air rebusan. Angkat dan tiriskan. Anda boleh taburkan pepper.


EmoticonEmoticon