Monday, 7 March 2016

Cara Untuk Menggemukkan Badan

Tags


Bersiar-siar.

(*)Jika nafsu makan anda menjadi teruk disebabkan oleh depresi atau perasaan hati yang tidak stabil,cuba tenangkan diri dan bersiar-siar. Cara ini sedikit sebanyak boleh meningkatkan nafsu makan anda.

Kurangkan pengambilan serat.

(*)Makan serat boleh membuatkan ada berasa kenyang. Ini sangat membantu jika anda berusaha untuk menurunkan berat badan, tetapi ketika jika anda mahu menggemukkan badan, anda perlu mengurangkannya. Pengambilan makanan kurang serat akan memberi lebih banyak ruang di perut anda untuk makanan berkalori tinggi.

Tambahkan kayu manis ke dalam makanan.

(*)Kayu manis merangsang nafsu makan secara semulajadi. Selain itu coklat juga boleh meningkatkan nafsu makan. Tambahkan sedikit coklat atau menggabungkannya dengan sedikit gula. Untuk menambah nafsu makan, anda juga boleh tabur roti dengan mentega supaya rasanya menjadi lebih enak.Rempah-rempah lain yang menambah nafsu makan adalah halia dan peppermint .

Gunakan pemanis buatan.

(*)Beberapa penyeledik berpendapat pemanis buatan ini boleh mempengaruhi lonjakan insulin dan mampu meningkatkan nafsu makan.

Makan sebelum Anda tidur.

(*)Pengambilan makanan pada malam hari meningkatkan pelepasan insulin dan merangsang nafsu makan. Namun, melakukannya pada setiap malam juga akan meningkatkan metabolisme anda.

Minum segelas kecil jus buah-buahan (tanpa gula) setengah jam sebelum makan.

(*)Gula dalam jus buah-buahan (kandungan gula yang berasal dari buah yang dibuat jus tersebut) menyebabkan meningkatnya nafsu makan. Kandungan gula ini akan menurunkan gula darah anda yang mengundang nafsu makan.

Makan dengan kawan-kawan.

(*)Sebuah cara semulajadi untuk meningkatkan nafsu makan adalah makan dengan orang lain. Biasanya ketika anda menikmati makanan dengan orang lain, anda akan menghabiskan lebih banyak waktu di tempat makan. Hasilnya anda akan makan dengan lebih banyak. Selain itu, anda juga akan jadi sukar untuk menolak makan apabila orang lain melakukan perkara yang sama.Bahkan ketika anda melihat kawan-kawan anda makan, nafsu makan anda akan jadi meningkat.

Pilih makanan kegemaran.

(*)Memanjakan diri sendiri adalah cara semulajadi dan efektif untuk meningkatkan nafsu makan. Pasti selera anda akan bertambah apabila menikmati makana kegemaran anda, sekalipun masakan tersebut amat ringkas!


EmoticonEmoticon