Monday 2 January 2017

Syukur Alhamdulillah..Kes Tunjuk Isyarat Lucah Selesai Secara Baik.


[:] SUBANG : Wanita yang membuat aduan berhubung tindakan seorang pemandu menunjukkan isyarat lucah kepadanya di Plaza Tol Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pada 27 Disember lalu menarik semula laporan polis dan menyelesaikan perkara itu secara baik.

[:] Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azlin Sadari, berkata suspek yang menunjukkan isyarat lucah itu sudah meminta maaf secara terbuka dengan wanita terbabit Ahad lalu.

[:] "Mangsa menarik balik laporan polis dan sudah pun memaafkan lelaki terbabit. Susulan itu, pihak Timbalan Pendakwa Raya mengklasifikasikan kes itu sebagai NFA (tiada tindakan lanjut)," katanya dalam satu kenyataan, tadi.

[:] Difahamkan, suspek memohon maaf secara terbuka kepada wanita terbabit melalui satu status yang dimuat naik melalui akaun Facebooknya, sehari selepas kejadian.

[:] Sementara itu, wanita berkenaan melalui akaun Facebooknya, Neysa Anwar, memaklumkan bahawa kes antara beliau dan pemandu terbabit sudah diselesaikan dengan baik. "Kepada netizens, harap maklum bahawa kes antara saya dan encik East Ramadhani Zainudin telah selesai secara baik. Antara saya dan encik East Ramadhani Zainudin tiada lagi sebarang masalah.

[:]  "Kami minta jasa baik dari semua pihak agar tidak memperbesarkan lagi hal ini. Kami juga telah bersetuju untuk tidak memberi sebarang komen berkaitan kes ini. Jasa baik anda amatlah dihargai. Terima kasih," katanya dalam status yang dimuat naik pada Khamis lalu. Wanita terbabit turut memuat naik sekeping gambar beliau bersama lelaki terbabit dipercayai ketika mereka bertemu pegawai penyiasat yang mengendalikan kes itu.

[:] Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi Selasa lalu itu, seorang lelaki yang memandu Perodua Myvi, dilaporkan menunjukkan isyarat lucah kepada wanita terbabit yang membunyikan hon kepadanya selepas cuba memotong barisan di lorong Tambah Nilai Touch & Go di plaza tol berkenaan.
Wanita itu kemudian bertindak menyebarkan gambar pemandu terbabit sebelum membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya, pada hari kejadian.



[:] Selepas perkara itu tersebar di media sosial, seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai lelaki terbabit mendakwa sudah memberikan isyarat dan mengangkat tangan tanda hormat bagi meminta laluan. Namun wanita itu terus membunyikan hon sehingga memaksa dia keluar dari keretanya dan bertindak menunjukkan isyarat lucah.

Sumber BH ONLINE


EmoticonEmoticon