Tuesday 3 January 2017

Cara Paling Ringkas Dan Enak Untuk Buat Popia Basah Sedap

Tags

Gambar Hiasan

Cara Paling Ringkas Dan Enak Untuk Buat Popia Basah Sedap

Untuk Kulit Popia Basah:

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 biji telur (telur putih sahaja)
  • 5-7 sudu makan minyak masak
  • 5 camca teh garam atau secukupnya
  • 4 1/2 cawan air


Cara-cara Membuat Kulit Popia Basah:

  • masukkan air, putih telur, minyak masak dan garam kedalam mangkuk adunan dan kacau sehingga sebati.
  • Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaulkan. Pastikan adunan tepung tadi akan terbentuk seperti gam.
  • Tutup adunan dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam.
  • Pastikan anda menggunakan kuali leper dan tiada kesan minyak. Panaskan kuali dengan api sederhana kecil, sapukan adunan tepung bebentuk bulat ke atas kuali leper.
  • Biarkan kulit popia masak dalam masa baberapa saat.


Cara Membuat Sos Popia Basah

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 1 biji bawang besar dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 4 sudu makan udang geragau (dikisar kering)
  • 3 senduk masak cili kisar (tambahkan jika anda mahu ia lebih pedas)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap cair
  • 3 sudu gula merah
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Secubit asam jawa
  • 1 1/2 mangkuk air
  • Tepung jagung (dibancuh dengan air)


Cara-cara membuatnya ialah :

  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga garing.
  • Kemudian masukkan udang kering/geragau (tumis juga).
  • Masukkan sedikit air dan kacau rata. Kemudian tambahkan sos tiram, kicap cair dan gula merah. Masukkan air, garam, gula dan asam jawa kacau dan biarkan mendidih.
  • Setelah mendapatkan rasa yang anda kehendaki masukkan tepung jagung dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang anda kehendaki.


Take Note!

  • Rasa yang sesuai untuk sos popia adalah manis, sedikit masam, sedikit pedas dan yang terpenting adalah rasa udang geragau.



Inti Popia Basah

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 1 biji  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 inci halia
  • 3 sudu makan udang geragau (kisar)
  • 1 batang lobak merah
  • 200 gram taugeh
  • 1 biji sengkuang cina
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya


Cara-cara membuatnya ialah:

  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau, masukkan udang geragau kisar dan tumis hingga sedikit garing.
  • Tambahkan lobak merah dan sengkuang cina. Biarkan sehingga sedikit lembut, masukkan taugeh, garam dan gula.
  • Kacau dan biarkan sehingga cukup masak.


Cara menyediakan Popia Basah :

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  • Kulit popia
  • Inti popia
  • Sos popia
  • Kobis (dimayang halus)
  • Kacang tanah goreng (tumbuk/kisar)
  • Bawang goreng (dikisar)
  • Daun bawang (dipotong halus)


Cara-cara Membuatnya ialah:

  • Sapu rata sos popia pada kulit, taburkan sedikit kobis, kacang tanah goreng dan bawang goreng. Letakkan inti popia kemudian gulungkannya.
  • Untuk menambah rasa yang lebih hebat, sapukan sos keatas popia basah yang siap digulung dan taburkannya sedikit kacang tanah goreng dan bawang goreng.
Selamat Mencuba Guysss!!


EmoticonEmoticon