Wednesday 28 December 2016

Suri Rumah Maut Selepas Cuba Selamat Seekor Kura-Kura.


[:} KL : Seorang suri rumah menemui ajal akibat tergelincir di tepi tasik selepas menyelamatkan seekor kura-kura pagi tadi.

[:} Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata kejadian kira-kira 9.30 pagi itu berlaku ketika Chin Ah Looi, 57, yang sedang bersenam di Bandar Seri Botani, Simpang Pulai melihat seekor kura-kura.

[:} "Mangsa kemudian bertindak mengambil kura-kura itu untuk dilepaskan ke dalam tasik berhampiran.

[:} "Namun ketika mangsa berdiri di tebing tasik, mangsa tergelincir dan disyaki badannya tercucuk sebatang kayu bakau sebelum dia terjatuh ke dalam tasik," katanya.

[:} Beliau berkata anggota polis bantuan yang ternampak kejadian tersebut cuba menarik mangsa ke darat sebelum menghubungi pihak ambulans dan polis untuk mendapatkan bantuan.

[:} Sum berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

[:} Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kesan kecederaan akibat tusukan pada bahagian dadanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber Awani


EmoticonEmoticon