Wednesday 28 December 2016

Mohon Semua Pihak Doakan Tan Sri SM Salim Yang Sekarang Dilaporkan Dalam Keadaan Uzur Dan Tenat.


[:] Bintang legenda, Tan Sri SM Salim, 88, dilaporkan dalam keadaan uzur dan tenat akibat sakit tua.

[:] Menurut anak sulungnya, Siti Noraishah Salim, 60, bapanya yang terkenal dengan lagu Pantun Budi itu berdepan situasi agak kritikal pada awal pagi tadi sehingga memerlukan bantuan pernafasan.

[:] Ketika ini anggota keluarganya juga telah dimaklumkan tentang situasi berkenaan.

[:] SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, turut tidak mampu berdiri sejak lima tahun yang lalu.

[:] Keadaan beliau mula merosot sejak bulan Oktober lalu.

[:] Kini, beliau tinggal bersama salah seorang anaknya di Ampang, Selangor.

[:] “Selepas diberi bantuan pernafasan, ayah kembali stabil dan kelihatan normal,” kata Siti Noraishah kepada Kosmo! hari ini.

[:] Buat masa ini, penyanyi yg terkenal dengan duet bersama Datuk Siti Nurhaliza, Pandang-Pandang Jeling-Jeling itu dimaklumkan tidak sedarkan diri.

[:] Penyanyi veteran yang jugu bekas juruhebah Radio Malaya (kini RTM) 1957 itu lumpuh akibat sakit saraf sejak 17 tahun lalu dan pergerakannya sangat terbatas sehingga terpaksa bergantung pada kerusi roda.

Sumber Kosmo! Online


EmoticonEmoticon