Tuesday 27 December 2016

Jenazah Ibu Kepada Kembar 3 Yang Terbabit Dalam Kemalangan Di Jalan Tampin-Gemas Selamat Dikebumikan.


#Jenazah ibu kepada kembar 3 yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 3.8, Jalan Tampin-Gemas, dekat Desar Permai, Seremban, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serating, marang, pagi tadi.

#Jenazah Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, yang meninggal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban mengalami kecederaan dalaman badan dan patah kaki, dibawa pulang dengan kenderaan jenazah dan tiba di surau Kampung Serating, lebih kurang jam 1.15 pagi.

#Jenazah mangsa kemudiannya terus disolat sebelum diusung penduduk kampung ke tanah perkuburan berdekatan dan selamat dikebumikan pada kira2 jam 2 pagi.

#Ibu arwah, Kelsom Ludi, 61, berkata, beliau menerima berita mengenai pemergian anaknya itu daripada anak sulung, kira2 jam 1.40 tengah hari.

#"Selepas solat Zuhur, mak cik membaca surah Yasin sebanyak 2 kali dan sebaik selesai berdoa, mak cik menerima berita sedih itu," -Ibu arwah.

#Kemalangan kira-kira jam 3 petang, Sabtu lalu, mengorbankan suami Wan Suhana, Mohd Fadzil Jusoh, 37 dan dua anak kembarnya, Nur Farhana dan Muhammad Farhan, berusia setahun. Seorang lagi kembar, Muhammad Farhimi telah dibenarkan keluar dari hospital.

 Sumber BH ONLINE


EmoticonEmoticon