Wednesday 28 December 2016

Anak Menyembur, Rambut Ibu Terus Gugur. Jangan Risau, Petua Ini Cukup Membantu!

Tags


(**)Jenuh nak kutip rambut yang melekat di karpet. Lagi-lagi kalau mak-mak yang ada anak kecil yang baru menyembur. Eh, logik lagi kaitan ini? Konon anak semburlah jadi punya utama rambut kaum ibu mula gugur.

(**)Cara yang paling berkesan dan murah adalah dengan mencegahnya daripada berlaku, secara tradisi dan semula jadi. Terdapat banyak cara untuk mencepatkan rambut anda tumbuh semula dengan sihat tanpa melibatkan penggunaan bahan kimia secara langsung. Semak tip membantu rambut anda kembali lebat.


1. Minyak Kelapa dan Minyak Zaitun
(**)Campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut bahagian kulit kepada secara perlahan. Tutup dengan shower cap dan biarkan lebih kurang lima jam kemudian basuh rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu.

2. Santan Kelapa
(**)Ambil santan yang pekat dan lumurkan ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala. Urut kulit kepala untuk seketika. Biarkan selama sejam sebelum membasuh rambut. Amalkan petua ini dua kali seminggu. Penggunaan santan kelapa bukan sahaja melebatkan rambut malah membuat rambut kelihatan lebih bersinar dan hitam.

4. Yogurt
(**)Lumurkan yogurt ke seluruh bahagian rambut seperti masker rambut. Biarkan selama sejam dua dan bilas. Amalkan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu.

5. Kacang Hijau
(**)Ambil secawan kacang hijau. Rendam semalaman. Tapis kacang hijau dan ambil airnya. Sapukan air kacang hijau pada seluruh bahagian kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu.

NOTA:

Makanan Tambahan

(**)Anda digalakkan mengambil makanan tambahan seperti suplemen vitamin untuk menghalang rambut daripada gugur. Selain memberikan kebaikan kepada sistem dalaman badan, pengambilan suplemen yang mencukupi juga menunjukkan hasil yang memberangsangkan untuk kesihatan rambut.


EmoticonEmoticon